Tuesday, 2 September 2014



Assalamualaikum..

Hari ini admin ingin berkongsi resepi mudah untuk membuat dadih.Seperti yang diketahui, dadih mempunyai pelbagai jenis perisa. Ini gambar dadih yang admin buat sebelum ini untuk jualan di asrama kolej admin sendiri. 

Pelbagai perisa boleh request untuk buat 2/3 lapis :

KELADI PANDAN COKLATTEMBIKAI SUSUDURIANVANILLASTRAWBERRY




Bahan-bahan untuk buat dadih segera ini :

3000ml air kosong
1 tin susu cair (400ml)
1 bungkus dadih segera


Cara-cara masakan dadih segera ini :

-Didihkan 3000ml air bersama gula dan 1 tin susu cair.
-Selepas mendidih,padamkan api. 
Kemudian campur kandungan dadih dari
 bungkusan yang korang beli.
Kacau selama 5 minit untuk larutkannya.

-Masukkan gula buah-buahan
 (perasa dari bungkusan dadih juga)
dan kacau sehingga sebati.

-Dah sebati biar sejuk seketika 
sebelum tuangkan ke dalam bekas acuan.

-Lastly, bekukan ke dalam peti sejuk.